Khidmat kepada masyarakat sains di Malaysia Jafri Malin Abdullah

Belaiu mempunyai index H sebanyak 12 menggunakan nama MA Jafri,JM Abdullah,J Abdullah.Jafri Malin Abdullah,Jafri Abdullah,Malin J untuk penerbitannya.(www.scopus.com). Prof. Jafri Malin merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains di USM serta memperluaskannya. Beliau juga turut menjayakan program pengajian tinggi di USM iaitu program Sarjana Surgeri (Neurosurgeri), Sarjana Sains (Neurosains), Phd (Neurosains) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi).

Beliau juga turut menyelia 41 orang pelajar Sarjana Surgeri (Neurosurgeri) dan Sarjana Perubatan Lanjutan (Neurologi), 27 orang pelajar Sarjana Sains (Neurosains) termasuk program Integrated Doctor of Neurosains(USM) dan empat pelajar Phd. Untuk memperluaskan bidang neurosains dan memperkenalkannya di serata dunia beliau telahpun dilantik oleh Neuroscience Programme Network IBRO, Paris untuk meningkatkan neurosains di negara-negara Asia Tenggara.

Beliau juga menjadi Presiden, Society For Neuroscience, USA Malaysia Chapter. Beliau juga banyak menjalankan kolabrasi dengan institusi-institusi dalam dan luar negara seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Putra Malaysia, Universiti Darul Iman Malaysia, University of Vienna (Austria), Max Planck Institute For Neuropsychiatry,European Neuroscience Institute di Germany, CIREN Cuba dan juga University of Ghent (Belgium). Tujuan kerjasama ini diwujudkan adalah untuk memperolehi teknologi baru daripada barat yang boleh disalurkan kepada staf dan pelajar di USM. Perkongsian teknologi terkini antara negara maju seperti Jerman, Belgium, Sweden, Austria dan Cuba diletakkan sebagai batu asas untuk menyediakan pendekatan penyelidikan yang intensif demi kemajuan negara.

Beliau juga turut aktif menjalankan penyelidikan dan menyebabkan jabatan ini adalah antara unit yang paling aktif dalam bidang penyelidikan di USM terutamanya penyelidikan “stroke” dan kanser otak. Pencapaian yang paling membanggakan antaranya ialah penciptaan peralatan endoskop yang canggih untuk kegunaan surgeri invasif, kajian genetik barah otak yang diiktiraf dengan penerbitan dalam jurnal-jurnal antarabangsa yang terkenal dan penghasilan biomaterial, iaitu Bovine Pericardium untuk Duraplasty.

Sejajar dengan halatuju USM iaitu ‘bertanda aras antarabangsa’ Jabatan ini bergiat aktif dalam bidang penyelidikan di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam pencetusan idea bagi penubuhan "Brain Sciences Cluster" pada tahun 2004 dan seterusnya mulai 2009 menjadi salah seorang ahli "Brain Mind Nexus" pada 29hb Oktober 2009 yang diterajui oleh Prof Zalina Ismail.

Kewujudan P3Neuro yang menyediakan ‘jaringan’ persefahaman dan penyelidikan bersama yang menyeluruh di antara Kampus-Kampus Kejuruteraan, Induk, Kesihatan, dan Universiti lain di Malaysia untuk memastikan kajian neurosains dan kognitif dapat dikekalkan sekaligus menaikkan nama negara Malaysia serta memperkenal dan memartabatkan bidang Neurosains di persada antarabangsa.